2008年5月16日金曜日
2008年5月13日火曜日
Download Lagu Rihana & Anuar Zain
Free Download
Sean Paul Feat. Rihana - Break It Off
umbrella(remix)-Rihana feat. Chris Brown JayZ
Rihana ft Neyo - hate that i love you
Rihana ft Sean Paul- Break It Off (remix)
Rihana - If It's Lovin' That You Want
Free Download
Anuar Zain - Bersabarlah Sayang
Anuar Zain - Jangan Bersedih Lagi
Anuar Zain - Sesucinya Cintamu
Diposting oleh Filem Campuran 時刻: 18:55 1 komentar
2008年5月3日土曜日
Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama - Soalan Terkumpul
Soalan
: Apa pandangan islam tentang anak luar nikah?
Jawapan
: Setiap manusia dilahirkan bersih, termasuklah anak luar nikah. Yang kotor dan berdosa adalah kedua ibu bapanya. Anak itu adalah suci dan perlu diberi pendidikan, kehidupan dan kasih sayang..
Soalan
1. Apakah pandangan Islam mengenai dadah ?
2. Bagaimana ingin memulihkan penagih dari kaca mata Islam?
Jawapan
1. Dadah hukumnya haram di sisi Islam. Ia termasuk dalam kategori perkara yang memabukkan dan dihukumkan najis sama seperti arak.
2. Kita perlu berusaha memulihkan para penagih daripada ketagihan. Penagih perlu beransur-ansur berhenti meninggalkan amalan ketagihan tersebut dan di antara cara pemulihannya ialah :
1. Menerapkan penghayatan Islam kepada penagih
2. Mendidik hati penagih supaya berhenti secara beransur-ansur
Soalan
Jika pasangan suami isteri membuat hubungan badan pada bulan puasa dikenakan kifarah puasa, tentu bg kami yang melakukan perbuatan zina akan dikenakan hukuman yang lebih berat. Kami ingin bertaubat. Bantulah kami. Apa yang perlu kami lakukan?.
Jawapan
Alhamdulillah di atas kesedaran saudara akan perbuatan yang dilarang keras oleh Allah SWT itu. Dalam hal ini, jika pasangan tersebut telah insaf dan ingin bertaubat mudah-mudahan akan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Bertaubatlah dengan taubat nasuha (menyesal atas perbuatan, berazam tidak melakukannya lagi dan meninggalkan perbuatan tersebut) dan manfaatkanlah bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ini untuk memohon keampunan daripada Allah. Di samping itu memperbanyakkanlah amal ibadat untuk memperbaiki diri dan berusaha menjadi muslim yang soleh dan solehah insya Allah. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah SWT berjanji bahawa akan mengampunkan dosa hamba-hambanya yang bertaubat kepada-Nya dan sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya..
Diposting oleh Filem Campuran 時刻: 12:16 0 komentar
2008年5月2日金曜日
Hukum mewarnakan rambut
Apa hukumnya mewarnakan rambut?......
Jawapan :
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.
Diposting oleh Filem Campuran 時刻: 17:53 0 komentar
2008年4月30日水曜日
Free Download Lagu Elyana

Free download
Bicara Mata Ini - Andai Milik Kita
Cinta Remaja
Diriku Tapak Sulaiman
Kalis Rindu
Kau Atau Aku
missed call
Niat
Pakai Kanta Cinta
Tak Tercapai Akalmu
Diposting oleh Filem Campuran 時刻: 13:31 0 komentar
2008年4月29日火曜日
Cara Daftar Di Adsense
Langkah2 Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Daftar Adsense
Panduan ini untuk korang yang masih belum mempunyai laman web:
1.Buat satu blog (English) guna Blogger. Korang bleh guna weblog yang lain selain Blogger.
2.Publish sekurang-kurang 5 artikel tentang topik yang korang bleh tulis. Contohnya,kalau korang suka tengok bola..korang bleh tulis tentang Manchester United ke (Sokong MU..hehe). Sebaik-baiknya korang tulis sendiri artikel korang tp kalau korang malas nak menulis, korang bleh guna reprint article di goarticles.com, ArticleCity dan EzineArticles.com. Kalau guna reprint article, korang jangan lupa tau copy dan paste nama penulis artikel yang korang ambil supaya tiada isu tentang copyright.
3.Pastikan blog korang tu takde kandungan porno, berciri perkauman, perjudian dan apa2 sajala kandungan yang salah disisi undang-undang.
Kalau korang sudah publish 5 post atau lebih, sekarang ni korang bleh la daftar akaun google adsense : )
Cara Daftar Akaun Google Adsense
Setelah penat dan pening kepala wat artikel..hehe...sekarang ni tiba la masa untuk korang daftar akaun google adsense. Berikut adalah langkah2 daftar akaun adsense :)
1.Korang daftar Google Adsense dengan klik button "Sign up Now" di laman web Google Adsense ataupun ko org bleh clik yg ade pd iklan sy tu yg tertulis Iklan Oleh Google hehe
2.Isi borang dengan maklumat korang. Untuk maklumat website tu korang masukkan dengan alamat blog yang korang da buat sebelum ni.
3.Selepas submit borang tu, korang perlu tunggu 1-3 hari untuk dapat jawapan dari Google. Permohonan saya diluluskan oleh Google dlm masa 1 hari je..;p
Good luck k! nanti di post yang akan datang saya akan tulis artikel tentang apa yang korang perlu lakukan selepas permohonan Adsense korang berjaya atau pun saya terangkan di cbox. Jumpa lagi k..bye :)
Diposting oleh Filem Campuran 時刻: 14:49 0 komentar
2008年4月26日土曜日
Didicazli - Dambaan Cinta
Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hariKan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Diposting oleh Filem Campuran 時刻: 18:13 0 komentar
2008年4月20日日曜日
Kode Radio-1
HOT FM
Radio ERA
Radio IKIM
Radio JOHOR
kopy kode beriku dan paste di blog anda :D
Diposting oleh Filem Campuran 時刻: 12:35 0 komentar
Open All Film
Close all