Custom Search

2008年5月3日土曜日

Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama - Soalan Terkumpul

Soalan
: Apa pandangan islam tentang anak luar nikah?

Jawapan
: Setiap manusia dilahirkan bersih, termasuklah anak luar nikah. Yang kotor dan berdosa adalah kedua ibu bapanya. Anak itu adalah suci dan perlu diberi pendidikan, kehidupan dan kasih sayang..

Soalan
1. Apakah pandangan Islam mengenai dadah ?
2. Bagaimana ingin memulihkan penagih dari kaca mata Islam?

Jawapan
1. Dadah hukumnya haram di sisi Islam. Ia termasuk dalam kategori perkara yang memabukkan dan dihukumkan najis sama seperti arak.
2. Kita perlu berusaha memulihkan para penagih daripada ketagihan. Penagih perlu beransur-ansur berhenti meninggalkan amalan ketagihan tersebut dan di antara cara pemulihannya ialah :
1. Menerapkan penghayatan Islam kepada penagih
2. Mendidik hati penagih supaya berhenti secara beransur-ansur

Soalan
Jika pasangan suami isteri membuat hubungan badan pada bulan puasa dikenakan kifarah puasa, tentu bg kami yang melakukan perbuatan zina akan dikenakan hukuman yang lebih berat. Kami ingin bertaubat. Bantulah kami. Apa yang perlu kami lakukan?.

Jawapan
Alhamdulillah di atas kesedaran saudara akan perbuatan yang dilarang keras oleh Allah SWT itu. Dalam hal ini, jika pasangan tersebut telah insaf dan ingin bertaubat mudah-mudahan akan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Bertaubatlah dengan taubat nasuha (menyesal atas perbuatan, berazam tidak melakukannya lagi dan meninggalkan perbuatan tersebut) dan manfaatkanlah bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ini untuk memohon keampunan daripada Allah. Di samping itu memperbanyakkanlah amal ibadat untuk memperbaiki diri dan berusaha menjadi muslim yang soleh dan solehah insya Allah. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah SWT berjanji bahawa akan mengampunkan dosa hamba-hambanya yang bertaubat kepada-Nya dan sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya..

0 komentar:

Template by - Ayat-Ayat Cinta | Masa Lalu